Back To Newsroom

Jom Raya Bersama Chef Asma & Cik Dayang: A Celebration of Creativity, Baking, and Community

Jom Raya Bersama Chef Asma & Cik Dayang: Satu Sambutan Kreativiti, Baking dan Komuniti

Rich’s kicked off the festive season with an inspiring large-scale seminar, “Jom Raya Bersama Chef Asma & Cik Dayang,” bringing together over 500 home bakers and baking enthusiasts. Held in early January, the event celebrated with lots of creative baking creation, professional knowledge-sharing, and the spirit of Ramadan and Raya while strengthening connections between Rich’s, its products, and the local home baker community.

Rich’s memulakan kemeriahan musim perayaan dengan menganjurkan seminar berskala besar yang menginspirasikan bertajuk “Jom Raya Bersama Chef Asma & Cik Dayang,” yang menghimpunkan lebih 500 home baker dan peminat baking. Dianjurkan pada awal Januari, acara ini meraikan kreativiti dalam dunia baking, perkongsian ilmu profesional serta semangat Ramadan dan Raya—di samping mengeratkan hubungan antara Rich’s, rangkaian produknya dan komuniti home baker tempatan.


On 3 January 2026, Rich’s successfully hosted “Jom Raya Bersama Chef Asma & Cik Dayang” at Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya, welcoming 500 attendees from the home baking community. The seminar aimed to raise brand awareness while empowering Malay home bakers through education, inspiration, and hands-on knowledge sharing. Featuring two highly respected figures in the local culinary scene Chef Asma and Cik Dayang. The event blended creativity, innovation, and festive excitement in anticipation of the upcoming Ramadan and Raya season, while further strengthening brand engagement and community bonds.

Pada 3 Januari 2026, Rich’s telah berjaya menganjurkan “Jom Raya Bersama Chef Asma & Cik Dayang” di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya, dengan kehadiran seramai 500 peserta daripada komuniti home baker. Seminar ini bertujuan meningkatkan kesedaran jenama serta memperkasakan home baker Melayu melalui pendidikan, inspirasi dan perkongsian ilmu secara langsung. Menampilkan dua figura ternama dalam dunia kulinari tempatan, Chef Asma dan Cik Dayang. Acara ini menggabungkan kreativiti, inovasi serta kemeriahan perayaan sebagai persediaan menyambut Ramadan dan Raya, sekali gus mengukuhkan hubungan jenama dan komuniti.


Chef AsmaFounder of Chef Asma Culinary Academy and a seasoned professional trainer with over 30 years of experience in culinary education.

She formerly a lecturer, Chef Asma is widely recognised for her expertise in Kuih Traditional Malaysia and is fondly known as the “Sifu Kuih Talam”. Her mastery and contribution to preserving traditional Malay kuih have earned her recognition across print and television media. Beyond teaching, Chef Asma has played significant roles in the industry, including serving as Chief Judge for MAFI Masak Challenge, Pencarian Chef Muda AgroMas with MOA/FAMA, and Pencarian Chef Muda MAHA 2016, alongside authoring culinary publications.

In early 2024, she founded SIFU KUIH, an online learning platform dedicated to traditional Malay kuih. Within just three months, the platform attracted over 800 participants from Malaysia, Singapore, Indonesia, and Brunei. During the seminar, Chef Asma emphasised the importance of mastering traditional techniques while embracing innovation—values she consistently instils in her students.

Pengasas Chef Asma Culinary Academy, merupakan seorang tenaga pengajar profesional berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang pendidikan kulinari. Bekas pensyarah ini terkenal dengan kepakarannya dalam Kuih Tradisional Malaysia dan dikenali sebagai “Sifu Kuih Talam.”

Sumbangan beliau dalam memelihara warisan kuih tradisional Melayu telah mendapat pengiktirafan melalui pelbagai liputan media cetak dan televisyen. Selain mengajar, Chef Asma turut memainkan peranan penting dalam industri sebagai Ketua Juri MAFI Masak Challenge, Pencarian Chef Muda AgroMas bersama MOA/FAMA, dan Pencarian Chef Muda MAHA 2016, di samping terlibat dalam penulisan buku kulinari.

Pada awal tahun 2024, beliau menubuhkan SIFU KUIH, sebuah platform pembelajaran dalam talian yang memfokuskan kepada Kuih Tradisional Melayu. Dalam tempoh hanya tiga bulan, platform ini telah menarik lebih 800 peserta dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Sepanjang seminar, Chef Asma menekankan kepentingan menguasai teknik tradisional sambil menerapkan elemen inovasi—nilai utama yang sentiasa diterapkan kepada para pelajarnya.


Chef AsmaFounder of Easy Bake Lab and a respected pastry specialist with more than 15 years of hands-on experience in the culinary world.

Through Easy Bake Lab, she has built a fully online learning platform that allows aspiring bakers to learn directly from their own kitchens. Over the past eight years, Cik Dayang has conducted more than 160 online distance-learning classes, reaching an impressive 170,000 students nationwide. She has also shared over 1,000 recipes through live video sessions on Facebook and TikTok. Beyond recipes, Cik Dayang focuses on equipping new home bakers with knowledge, confidence, and inspiration—especially those looking to turn their passion into a sustainable source of income.

Turut memeriahkan seminar ialah Cik Dayang, pengasas Easy Bake Lab dan pakar pastri yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang kulinari. Melalui Easy Bake Lab, beliau membangunkan sebuah platform pembelajaran sepenuhnya dalam talian yang membolehkan bakal baker belajar terus dari dapur masing-masing.

Sepanjang lapan tahun lalu, Cik Dayang telah mengendalikan lebih 160 kelas pembelajaran jarak jauh, berjaya mencapai lebih 170,000 pelajar di seluruh Malaysia. Beliau juga telah berkongsi lebih 1,000 resipi melalui sesi video LIVE di Facebook dan TikTok. Lebih daripada sekadar resipi, Cik Dayang memberi fokus kepada pembinaan keyakinan, perkongsian ilmu praktikal dan inspirasi—terutamanya kepada home baker yang ingin menjana pendapatan dari dapur.


Live Demonstrations, Product Showcases, and Knowledge Exchange, Giveaways / Demonstrasi Langsung, Pameran Produk, Aktiviti Interaktif, Hadiah Istimewa

The event came alive with a vibrant product line-up of Rich’s and ICEHOT product showcase, featuring beautifully crafted cakes adorned with intricate piping decorations, all prepared by Rich’s in-house chefs. These displays highlighted the versatility and performance of Rich’s and ICEHOT products in festive baking applications.

Attendees were also treated to live demonstrations by Chef Asma and Cik Dayang, where practical baking tips, professional techniques, and valuable product-handling insights were shared. The dynamic exchange of knowledge and experience created an engaging atmosphere, keeping anticipation and excitement high throughout the session.

Adding to the excitement, a dedicated Shopee booth allowed attendees to purchase products directly and stand a chance to win additional giveaways on that day. At the end of day, each participant also received thoughtfully prepared goodie bags, food samples, refreshments, and special highlights including 20 masterpiece cakes presented to attendees celebrating their birthdays in January, creating a memorable and delightful experience for all.

Acara ini dimeriahkan dengan pameran produk Rich’s dan ICEHOT, menampilkan pelbagai kek cantik dengan hiasan piping yang rumit, hasil sentuhan chef dalaman Rich’s. Pameran ini menyerlahkan kepelbagaian dan prestasi produk Rich’s dan ICEHOT dalam aplikasi baking perayaan.

Para peserta turut menikmati demonstrasi secara langsung oleh Chef Asma dan Cik Dayang, di mana pelbagai tip baking, teknik profesional dan perkongsian pengendalian produk telah disampaikan. Perkongsian ilmu yang dinamik ini mewujudkan suasana yang interaktif serta mengekalkan keterujaan sepanjang acara berlangsung.

Menambah kemeriahan, sebuah booth Shopee turut disediakan bagi membolehkan peserta membuat pembelian terus dan berpeluang memenangi hadiah eksklusif pada hari yang sama. Di penghujung acara, setiap peserta menerima beg cenderahati, sampel makanan, minuman, serta kejutan istimewa berupa 20 kek eksklusif yang diberikan kepada peserta yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Januari—menjadikan pengalaman ini lebih bermakna dan tidak dilupakan.

Riding the Festive Wave: Ramadan & Raya Campaign / Menyambut Musim Perayaan: Kempen Ramadan & Raya

In conjunction with Malaysia’s largest festive season, the seminar also served as a platform to introduce Rich’s Raya campaign, “Jom Raya Bersama Rich’s.” The campaign gave a strong buzz with its grand giveaway—seven 999.9 gold bars—encouraging participation through the purchase of any Rich’s or ICEHOT products from participating bakery ingredient stores, with receipt submissions made online.

Pada musim perayaan terbesar di Malaysia, seminar ini turut menjadi platform untuk memperkenalkan kempen Raya Rich’s, “Jom Raya Bersama Rich’s.” Kempen ini mencetuskan keterujaan dengan hadiah utama berupa tujuh jongkong emas 999.9, di mana penyertaan dibuka melalui pembelian produk Rich’s atau ICEHOT di kedai bahan bakeri terpilih, dengan penghantaran resit secara dalam talian.


The heartwarming support and enthusiasm from the home baker community reflected the strong bonds built through this meaningful event. Rich’s extends its heartfelt appreciation to Chef Asma and Cik Dayang for bringing their passion, expertise, and energy to the stage. With continued commitment to empowering home bakers, Rich’s looks forward to creating more opportunities that celebrate creativity, innovation, and community together.

Sokongan padu daripada komuniti home baker mencerminkan hubungan erat yang terjalin melalui acara bermakna ini. Rich’s merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Chef Asma dan Cik Dayang atas komitmen, kepakaran dan semangat yang dibawakan ke pentas. Dengan komitmen berterusan untuk memperkasakan home baker, Rich’s berharap dapat terus menganjurkan lebih banyak inisiatif yang meraikan kreativiti, inovasi dan bersama komuniti.

Download Article
Messenger
Zalo
Messenger
Zalo
EN